kembali

Profil Sekolah



PIAGAM PELANGGAN

Dengan Berteraskan Motto 'BERKUALITI, BERSIH, CEKAP, DAN MESRA' kami berazam;

 

PROFIL SEKOLAH

Nama Sekolah :
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU MELINTANG

Gred :  A
Kod Sekolah : DBA 9002

Bil. Guru :  41 orang
Bil. Murid :  779 orang 

Alamat Sekolah :
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU MELINTANG
17600 JELI,
KELANTAN.

No. Telefon : 609-9446307
E-Mel : skbatumelintang@tripod.com
Laman Web Sekolah :  http://
skbatumelintang.tripod.com

Alamat Pejabat Pendidikan Daerah :
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
TANAH MERAH / JELI,
JALAN KLINIK,
17500 TANAH MERAH,
KELANTAN.

 

SEJARAH SEKOLAH

Selapas tamat perang dunia kedua, semangat kesedaran telah bertiup ke seluruh tanah air,
Batu Melintang juga tidak sunyi daripada hembusan semangat kesedaran itu. Hasilnya kira-kira
tahun 1946, sebuah kelas belajar membaca dan menulis bertempat di Surau Belimbing telah
dibuka. Kelas ini serta-merta mendapat sambutan yang hangat daripada belia tempatan
hinggakan mereka sendiri bergotong-royong mendirikan sebuah bangsal untuk dijadikan
bangunan sekolah tanpa dorongan dan bantuan daripada pihak dewasa. Selanjutnya
dua orang guru rakyat telah diambil dari daerah lain iaitu En. Mohamad Salleh Bin Awang
dan En. Hussin Bin Ahmad, masing-masing dari aliran agama yang berasal dari daerah
Pasir Pekan, Tumpat.

Di bawah pimpinan dua orang guru itu, sekolah ini berjalan dengan lancar untuk sementara
waktu. Seperti mana sekolah-sekolah rakyat yang lain, ia juga terikut-ikut dengan semangat dan
gerakan kesedaran kebangsaan sehingga ianya diambil perhatian berat oleh penjajah Inggeris.
Pada tahun 1949, Pasukan Bintang Tiga mula bertapak di Kampung Bukit Ipoh dan Pendok.
Di akhir tahun 1950-an, Parti Komunis Malaya pula mula bertapak di Kampung Lawar.
Kemudiannya penderhaka-penderhaka tersebut telah berpindah ke Kampung Belum, Perak
setelah tapak mereka di Kampung Lawar telah dimusnahkan oleh pihak berkuasa. Penduduk
kemudiannya telah menyahut seruan kerajaan berkhidmat dalam pasukan ‘Homeguard’ dengan
bersenjatakan senapang patah. Pada tahun 1951, dengan usaha gigih dan susah payah
Penghulu Mat Taib Bin Jusoh sekolah itu dibuka semula setelah keadaan kampung aman seperti
sediakala. Tiga orang tenaga pengajar lulusan darjah lima yang terdiri daripada
En. Ab. Ghani Bin Haji Ab. Rahman, En. Mustapha Bin Hamid dan En. Ab. Muluk Bin Haji Ab. Majid
telah memberi sumbangan tenaganya untuk mengajar anak-anak kampung Belimbing.

Pada tahun 1952, bangunan papan tempat anak-anak Daerah Belimbing belajar telah diberi
peruntukan dari Jabatan Peruntukan Darurat oleh pegawai Inggeris General Temple sebanyak
RM5000.00 untuk membina sebuah bangunan baru. Sekali lagi usaha gigih Penghulu Mat Taib
bersama-sama penduduk kampung dengan menggunakan kapak dan gergaji tangan, mereka
telah bergotong-royong membina sebuah bangunan baru di Kampung Batu Melintang dan nama
Batu Melintang terus digunakan sempena batu besar yang merentasi Sungai Pergau. Pada tahun
1953, Sultan Kelantan iaitu Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Muhamad ke-IV
telah merasmikan sekolah tersebut. Sekolah ini telah melalui beberapa peringkat pembesaran.
Pada tahun 1987, sekolah ini mendapat sebuah bangunan satu tingkat yang baru bagi menampung
pertambahan murid. Beberapa tahun kemudian dua blok bangunan segera telah ditambah ekoran
pertambahan mendadak bilangan murid. 

Dato' Rozali bin Isohak, bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan merupakan murid pertama terbitan
sekolah ini melanjutkan pelajaran ke IPT. Beliau kini menerajui Persatuan Murid Tua SKBM bagi
meningkatkan lagi kemajuan pendidikan sekolah ini.

 

COGAN KATA SEKOLAH

"GIAT MAJU"

Maksud GIAT
Mengambil bahagian dalam apa jua aktiviti secara aktif. Bersikap proaktif terhadap akademik, ko-kurikulum,
dan kemasyarakatan. Sentiasa menumpukan pemikiran kepada kecemerlangan ilmu.

Maksud MAJU
Sentiasa mahukan kemajuan dan bersama-sama mendokong hasrat FPN sebagai wadah kemajuan agama,
bangsa dan negara. Berusaha memaksimumkan penggunaan ICT terkini atas kepercayaan tinggi ia membawa kemajuan.

 

LENCANA SEKOLAH

Lencana ini dicipta oleh seorang guru agama yang mengajar di sekolah ini pada
tahun 1979 - 1983 iaitu Ustaz Mohd Nor Yusof

MAKSUD LOGO

 

LAGU SEKOLAH

 

    Giat maju cogan kata kita

    Bersama menuju kejayaan

    Ilmu dituntut nasihat didengar

    Masa depan kan gemilang       

       
(ulang lirik tebal 2X)


    korus:
    Sekolah Kebangsaan Batu Melintang

    Tersergam indah di desa permai

    Membangun anak wawasan

    Di sini tempat kami berkumpul

    Mengaut ilmu di dada

        (ulang korus 2X)

 

PETA LOKASI

 

ENROLMENT GURU, KAKITANGAN DAN MURID 2004


PERKARA


LELAKI


PEREMPUAN


JUMLAH


GURU


19


22


41
 


KAKITANGAN


1


3


4
 


PEKERJA KONTRAK
 


3


1


4


MURID


383


396


779
 

Ke Laman Utama